Tuesday, January 19, 2010

Diriku seorang anak


Assalamu'alaikum wrh wbr.

Salam 1 fikrah, Salam 1 aqidah.

Syukur, Alhamdulillah, dengan izin Allah, along tergerak hati nak aktif dalam bidang penulisan. Ini adalah sebagai diari dan pengalaman seorang anak, untuk ummi, abah dan adik2nya sahaja. Mungkin methodologi yang digunakan berlainan dengan bloggers yang lain, tetapi ini adalah pengisian dari seorang abang sulung yang jauh di perantauan.

Selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. atas titik peluh baginda s.a.w., kita dipilih Allah untuk berada dalam Islam, hanya Deen (cara hidup) yang Allah redha. Jagalah Islam dalam hati kita, dalam amal kita, dalam seluruh aspek kehidupan kita, insyaAllah, Allah akan membantu kita untuk menempuh liku-liku kehidupan ini.

Mudah-mudahan dengan blog ini, menjadi medan untuk kita sama-sama tingkatkan iman dan taqwa kepada Allah swt.

Salam sayang dan rindu pada kalian,

Along